Informasi Permainan Video Terkini
Predator: Hunting Grounds – Sesi Percubaan Atas-Talian Bakal Berlangsung Hujung Minggu Ini
PC

Predator: Hunting Grounds – Sesi Percubaan Atas-Talian Bakal Berlangsung Hujung Minggu Ini

Diterbitkan pada Mac 26, 2020 oleh .

Predator: Hunting Grounds merupakan permainan koperasi empat lawan satu berdasarkan francais Predator yang sangat terkenal dengan pelbagai siri filem.

Permainan ini dibangunkan oleh Illfonic dan dilancarkan oleh Sony Interactive Entertainment di mana ia bakal tiba di konsol PlayStation 4 dan PC melalui Epic Games Store pada 24 April 2020 ini. Untuk informasi lanjut berkenaan harga dan versi permainan, anda boleh membaca artikel ini.

Bersempena dengan pelancarannya yang semakin hampir, Sony dan Illfonic minggu ini akan mengadakan sesi percubaan khas pada hujung minggu ini bermula 27 sehingga 29 Mac 2020 ini. Menurut pembangun, permainan ini boleh dimainkan di PlayStation 4 dan PC dengan sokongan rentas-platform dan ia boleh mula dimuat-turun bermula esok pada jam 4 petang.

Melalui sesi percubaan ini, pemain berupaya untuk bermain sebagai Predator ataupun sepasukan askar, terdiri daripada empat pemain dan bertempur dengan Predator tersebut. Dari segi lokasi, melalui sesi percubaan ini, Illfonic akan menyertakan lokasi Amerika Sleatan, Overgrowth yang mana ianya bertempatkan di hutan.

Jika anda bermain sebagai pasukan askar, anda dilengkapkan dnegan beberapa senjata dan perlu bekerjasama untuk melengkapkan misi yang akan dimainkan secara rawak yang mana ia mempunyai beberapa objektif yang anda pelru lakukan disamping perlu menahan diri daripada diburu Predator.

Menariknya, setelah anda tamat misi tersebut, anda perlu melarikan diri ke helikopter untuk melengkapkan pusingan permainan tersebut.

Manakala jika pemain bermain sebagai Predator pula, pemain perlu memburu pemain lain dengan menggunakan pelbagai kelengkap Predator seperti keupayaan untuk menjadi halimunan, gogal haba dan sebagainya.

Semestinya tugas Predator adalah memburu pemain lain sebelum mereka melarikan diri yang mana Predator itu sendiri juga mempunyai beberapa kelas berbeza di mana setiap satunya mempunyai keupayaan dan kemahiran tersendiri.

Menariknya, pemain juga boleh mengubah-suai rupa watak pemain untuk seperti jenis senjata, kelengkapan, rupa pakaian dan sebagainya.

Untuk senarai penuh bentuk permainan dan bagaimana ia dimainkan, anda boleh ke pautan rasmi oleh PlayStation untuk mendapat gambaran bagaimana permainan ini dimainkan.

Kami di Aksiz pasti akan berkongsi sesi permainan secara langsung apabila sesi percubaan ini dilancarkan hujung minggu ini.


TIPS & ULASAN