PS Store bermula minggu ini sehingga 31 Mac 2020 menawarkan potongan harga untuk permainan Control iaitu dengan harga RM97.20. Tawaran ini adalah terbuka untuk semua dan tidak memerlukan PS Plus.
Control adalah permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Remedy Entertainment. Ia merupakan antara permainan terbaik pilihan kami pada tahun lepas. Ulasan penuh boleh dibaca melalui pautan ini; Ulasan Control โ Permainan Aksi Terbaik Setakat Ini.
Jualan promosi ini berkemungkinan bersempena dengan pelancaran untuk DLC berbayar pertama bagi permainan ini iaitu The Foundation yang tiba pada hari ini.
Buat masa ini, platform-platform lain iaitu Xbox One dan PC masih tidak menawarkan sebarang potongan harga.
[info]PS Store: Control[/info]