Informasi Permainan Video Terkini
The Wonderful 101 Menerima Video Acah Baharu

The Wonderful 101 Menerima Video Acah Baharu

Diterbitkan pada Mac 26, 2020 oleh .

Platinum Games hari ini berkongsi video acah baharu untuk permainan The Wonderful 101 versi olahan semula. Melalui video tersebut, yang anda boleh tonton di bawah, ia memperlihatkan peningkatan grafik serta kelancaran permainan yang lebih baik berbanding versi asal untuk Wii U yang dikeluarkan pada tahun 2013.

Kempen biayasama untuk permainan ini di Kickstarter telah tamat pada awal bulan ini, di mana ia telah mengutip RM9 juta hasil daripada 33 ribu penyumbang.

The Wonderful 101 akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Switch dan PC pada 19 Mei 2020.


TIPS & ULASAN