Skip to main content

Humble Store minggu ini mengadakan jualan promosi untuk siri permainan Yakuza bagi versi PC iaitu untuk Yakuza 0, Yakuza Kiwami dan Yakuza Kiwami 2. Promosi ini adalah sehingga 30 Mac 2020.

Berikut adalah senarai harga untuk setiap satunya di mana ia mendapat potongan sehingga 50%;

  • Yakuza 0 – $4.99 (~RM21)
  • Yakuza Kiwami – $9.99 (~RM43)
  • Yakuza Kiwami 2 – $14.99(~RM65)

Bagi yang tidak mengenal siri Yakuza, Yakuza Kiwami dan Yakuza Kiwami 2 yang dikeluarkan pada tahun 2016 dan 2017 adalah versi olahan semula untuk permainan Yakuza yang dikeluarkan pada tahun 2005 dan Yakuza 2 yang dikeluarkan pada tahun 2006.

Manakala Yakuza 0 permainan baharu yang dikeluarkan pada tahun 2015, tetapi penceritaan di dalam permainan adalah sebelum kejadian di dalam Yakuza Kiwami.

[info]Humble Store: Jualan Promosi Siri Yakuza[/info]

Leave a Reply