Skip to main content

Bethesda minggu ini mengumumkan yang Doom Eternal telah mengutip jumlah jualan dua kali ganda berbanding Doom yang dikeluarkan pada tahun 2016, namun, mereka tidak berkongsi jumlah unit terjual.

Mereka juga mengatakan yang ia adalah permainan Doom palin laris berbanding permainan-permainan Doom lain.

Pengumuman ini bukanlah satu kejutan, kerana sebelum ini kami sudah melaporkan yang di Steam, ia telah mencapai 100 ribu pemain serentak iaitu lebih 2 kali ganda berbanding Doom.

Doom Eternal sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply