Informasi Permainan Video Terkini
Code Vein – DLC Ketiga “Lord Of Thunder” Kini Dilancarkan Di Konsol Dan PC
PC

Code Vein – DLC Ketiga “Lord Of Thunder” Kini Dilancarkan Di Konsol Dan PC

Diterbitkan pada Mac 25, 2020 oleh .

Bandai Namco akhirnya melancarkan DLC ketiga buat permainan Code Vein, iaitu Lord Of Thunder yang mana ianya kini tiba buat semua pemilik pas musim permainan tersebut. Menariknya, buat mereka yang tidak membeli pas musim permainan tersebut, anda juga boleh mendapatkan DLC secara berasingan.

Seperti DLC sebelum ini, Lord Of Thunder akan menyertakan pelbagai kostum tambahan dan kandungan senjata baharu dicampur dengan lokasi baharu yang akan pemain terokai. Selain itu, semestinya DLC ini juga akan menyertakan musuh baharu untuk pemain tempur iaitu Lord Of Thunder itu sendiri.

Bagi anda yang berminat, DLC Frozen Empress ini boleh dibeli secara berasingan dengan harga RM40 di PSN Store. Namun, bagi anda yang mempunyai pas musim ataupun edisi Deluxe buat permainan Code Vein, ianya juga akan disertakan secara bersama.

Dengan pelancaran ini, sekaligus ketiga-tiga DLC yang dijanjikan oleh Bandai Namco buat permainan Code Vein ini akhirnya dilancarkan secara rasmi bermula dengan Hellfire Knight dan diikuti dengan Frozen Empress.

Code Vein telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga PC.


TIPS & ULASAN