Skip to main content

Famitsu minggu ini mengeluarkan laporan jualan mingguan mereka di mana mereka menganggarkan yang Animal Crossing: New Horizons telah terjual sebanyak 1.88 juta unit selepas 3 hari di Jepun, jumlah ini tidak termasuk pembelian melalui eShop.

Jumlah tersebut merupakan rekod untuk permainan di Switch bagi jualan pada minggu pertama seperti mana kami laporkan sebelum ini. Selain itu, Famitsu juga melaporkan yang jumlah konsol Nintendo Switch dan Nintendo Switch Lite terjual sebanyak 392,576 unit semasa minggu pelancaran Animal Crossing iaitu 16 Mac sehingga 22 Mac.

Daripada 300 ribu tersebut, Switch Lite terjual melebihi 200 ribu unit iaitu jumlah yang lebih tinggi jika ingin dibandingkan dengan minggu pertama Switch Lite dilancarkan iaitu penjualan di Jepun adalah 160 ribu unit pada minggu tersebut.

Dengan pelbagai rekod ini, Animal Crossing: New Horizons sudah semestinya satu permainan yang berjaya, bahkan ia adalah permainan yang turut membantu penjualan konsol Switch.

Leave a Reply