Skip to main content

Seperti kita sedia maklum, hadirnya tahun baharu untuk Hearthstone pada 7 April ini, ia akan menyertakan pelbagai kandungan baharu termasuklah kelas Demon Hunter.

Minggu ini, Blizzard Singapura menganjurkan kempen pra-daftar untuk kandungan baharu tersebut, di mana pemain yang pra-daftar akan mendapat “goodies”, ia akan mengandungi sekurang-kurangnya 3 pek.

Untuk pra-daftar, anda perlu layari laman ini, tekan butang Join Demon Hunter dan masukkan no telefon anda untuk mendapat pengesahan. Selepas pendaftaran berjaya, anda boleh tebus goodies tersebut melalui laman yang sama.

Bukan setakat itu sahaja, anda juga boleh mengunjungi Facebook Hearthstone Sea, dan meninggalkan komen di penulisan ini sebelum 9 April untuk berpeluang memenangi Nintendo Switch.

Hearthstone sudah dikeluarkan untuk PC dan peranti pintar.

Leave a Reply