Informasi Permainan Video Terkini
Wonder Woman 1984 Ditunda Ke Bulan Ogos Kerana Pandemik Covid-19

Wonder Woman 1984 Ditunda Ke Bulan Ogos Kerana Pandemik Covid-19

Diterbitkan pada Mac 25, 2020 oleh .

Warner Bros telah mengumumkan yang mereka menunda tayangan untuk Wonder Woman 1984 daripada bulan Jun ini ke bulan Ogos, iaitu lebih 2 bulan. Berbanding penundaan lain, ia tidaklah penantian yang lama.

GSC dan TGV juga telah mengesahkan yang filem ini akan ditayangkan pada 13 dan 14 Ogos 2020 di Malaysia. Ini sudah semestinya bergantung kepada keadaan semasa, dan kami berharap masalah pandemik Covid-19 ini akan reda waktu tersebut.

Wonder Woman 1984 sekali lagi membawa gabungan pengarah Patty Jenkins dan pelakon Gal Gadot serta Chris Pine.


TIPS & ULASAN