Informasi Permainan Video Terkini
Dapatkan Sebilangan Permainan Perlumbaan Dengan Harga Serendah RM4
PC

Dapatkan Sebilangan Permainan Perlumbaan Dengan Harga Serendah RM4

Diterbitkan pada Mac 25, 2020 oleh .

Humble bermula minggu ini menawarkan permainan perlumbaan untuk Humble Bundle mereka, antara permainan yang disertakan adalah WRC, MotoGP dan Dirt.

Seperti kebiasaan untuk penawaran Humble Bundle, tawaran permainan adalah mengikut tahap bayaran anda. Berikut adalah permainan yang diperoleh mengikut setiap tahap;

  • Bayar $1 (RM4.40)
    • WRC 7 FIA World Rally Championship
    • MXGP – The Official Motocross Videogame
    • MotoGP 15
  • Bayar lebih daripada purata, setakat ini $9.14 (RM40.17)
    • Road Redemption
    • Dirt 4
  • Bayar $13 (RM57.14)
    • Nascar Heat 4
    • Assetto Corsa
    • Assetto Corsa – Dream Pack 1,2,3

Tawaran ini adalah sehingga 3 April, jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya jika anda kaki permainan lumba.

Humble Bundle: Just Drive


TIPS & ULASAN