Skip to main content

Ubisoft hari ini melancarkan DLC seterusnya untuk permainan simulasi pengurusan bandar Anno 1800, iaitu Seat of Power melalui Epic Games Store dan juga Uplay untuk PC.

Melalui Seat of Power, pemain dibenarkan untuk membina satu bangunan yang akan menjadi pusat pengurusan untuk bandar anda. Ia akan mempunyai pelbagai bahagian yang akan memberi kelebihan pasif kepada pemain.

Selain itu, mereka juga menyediakan kemaskini percuma yang membolehkan pemain untuk memilih tahap kesukaran melalui sistem “influence”, agar pemain boleh bermain dengan tahap yang diingini. Ia juga boleh ditukar untuk sesi permainan yang sudah bermula.

Seat of Power merupakan DLC pertama daripada 3 DLC yang dirancangkan untuk musim ke-2 Anno 1800. Ia juga akan menyertakan DLC Bright Harvest dan Land of Lions.

Untuk lebih banyak perkongsian mengenai musim ke-2, anda boleh tonton video mengenainya di bawah.

DLC ini boleh didapati melalui pembelian pas semusim untuk musim ke-2 iaitu dengan harga RM89, ataupun secara berasingan dengan harga RM35.

Pemain yang masih tidak memiliki Anno 1800 turut boleh membeli versi Complete yang menyertakan pas semusim untuk musim pertama dan kedua dengan harga RM209.

Leave a Reply