Skip to main content

Seperti yang dijanjikan oleh Arc System Works dan CyGames sebelum ini, watak DLC ketika iaitu Soriz akhirnya mendapat tarikh pelancaran rasmi di mana melalui video acah di bawah, Arc System Works mengumumkan ianya bakal tiba pada 7 April 2020 ini.

Soriz merupakan watak menggunakan seni mempertahan diri dengan tumbukan dan tendangan di mana beliau percaya senjata terkuat adalah badannya sendiri. Seperti watak-watak lain, Soriz juga akan tiba bersama kandungan lain seperti avatar lobi, misi tambahan dan juga watak ikon.

Bagi anda yang berminat, watak Soriz ini boleh dibeli secara berasingan ataupun secara bersama melalui pas watak “Character Pass 1”. Arc System Works dan CyGames juga umum video acah seterusnya akan dilancarkan pada 31 Mac 2020 yang mana kami percaya ianya akan memfokuskan watak DLC seterusnya iaitu Djeeta.

Granblue Fantasy: Versus telah pun dilancarkan di pasaran Malaysia pada Februari lepas di konsol PlayStation 4 dan versi PC telah pun dilancarkan di Steam.

Leave a Reply