Informasi Permainan Video Terkini
Titan Quest: Ragnarök Kini Tiba Di Konsol PlayStation 4 Dan Xbox One

Titan Quest: Ragnarök Kini Tiba Di Konsol PlayStation 4 Dan Xbox One

Diterbitkan pada Mac 25, 2020 oleh .

THQ Nordic dan Pieces Interactive kini akhirnya melancarkan penambahan Titan Quest: Ragnarök buat konsol PlayStation 4 dan Xbox One yang mana sebelum ia hanya tiba di PC sekitar 2017 lepas.

Melalui penambahan ini, ianya akan menyertakan pelbagai kandungan baharu termasuklah penceritaan dan misi tambahan bersama-sama dengan had peringkat watak sehingga 85 dan pelbagai senjata, pengubah-suaian dan keupayaan untuk memakai seluar atas sebab cuasa sejuk.

Bersempena dengan pengumuman ini, THQ Nordic juga berkongsi dua video acah khas yang mana ianya memperlihatkan sedikit sebanyak lokasi dan bentuk permainan baharu disamping pelbagai musuh yang akan pemain tempuhi.

Menariknya, melalui laman rasmi Titan Quest, penambahan Atlantis yang dilancarkan tahun lepas di PC juga diacahkan oleh mereka di mana ianya mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi.

Titan Quest sebelum ini telah pun dilancarkan di PC beberapa tahun lepas yang mana 2018 lepas ianya tiba secara rasmi di konsol PlayStation 4 dan Xbox One


TIPS & ULASAN