Bandai Namco hari ini berkongsi satu video acah baharu buat permainan akan datang Sword Art Online: Alicization Lycoris yang mana ianya dijadualkan untuk tiba di pasaran Malaysia pada bulan Mei ini.

Melalui video acah baharu ini, mereka memperlihatkan beberapa kandungan baharu termasuklah watak baharu yang pemain boleh mainkan.

Seperti yang anda tonton di video acah di atas, buat pertama kalinya Bandai Namco memperlihatkan muzik tema rasmi permainan ini iaitu Scar / Let oleh ReoNa bersama-sama dengan pelbagai adegan penceritana permainan seperti watak misteri Hersyrian, Black Knight dan Mysterious Giant.

Selain itu, Bandai Namco juga memperlihatkan beberapa watak baharu yang pemain boleh main seperti Renly Syntesis Twenty-Seven, Sheyta Synthesis Twelve dan Sortiliena Serlut.

Juga bersempena dengan pengumuman ini, Bandai Namco juga buat mereka yang membuat pra-tempahan ataupun pembelian awal permainan ini, Bandai Namco akan menyertakan kostum-kostum daripada pertandingan yang dianjurkan oleh mereka sebelum ini bersama SAO Coin sebanyak 200.

Sword Art Online: Alicization Lycoris akan dilancarkan pada 22 Mei 2020 ini di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini