Informasi Permainan Video Terkini
Outer Wilds Bakal Tiba Di Steam Pada 18 Jun Ini
PC

Outer Wilds Bakal Tiba Di Steam Pada 18 Jun Ini

Diterbitkan pada Mac 25, 2020 oleh .

Annapurna Interactive dan Mobius Digital hari ini mengumumkan yang mana permainan Outer Wilds akhirnya akan tiba di Steam bermula pada 18 Jun 2020 ini.

Permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di PC melalui Epic Games Store diikuti versi konsol di Xbox One dan PlayStation 4.

Outer Wilds merupakan permainan pengembaraan dunia terbuka yang mana pemain akan terperangkap di dalam tempoh masa 22 minit sebelum pemain akan dimatikan dengan tenaga supernova, dan perlu mengulang semula pengembaraan dan mempelajari misteri dunia tersebut.

Jadi bagi anda yang berminat untuk dapatkan permainan ini di Steam, anda boleh masukkannya di senarai hajat anda di sini. Bagi platform lain, ianya telah pun dilancarkan di Epic Games Store, Xbox One dan PlayStation 4.


TIPS & ULASAN