Awal bulan ini, Kojima Productions mengumumkan tarikh pelancaran permainan Death Stranding bagi versi PC yang mana ianya memperlihatkan beberapa kandungan baharu dan juga fungsi baharu iaitu mod foto, yang membenarkan pemain untuk menangkap gambar di mana-mana sahaja ketika sesi permainan.

Terkini, melalui akaun Twitter rasmi Kojima Productions, mereka mengesahkan yang mana mod foto tersebut turut akan tiba di versi PlayStation 4.

Menurut Kojima Productions, mod foto tersebut akan tiba melalui kemaskini permainan tersebut dan menurut Hideo Kojima sendiri ianya akan tiba sekitar penghujung bulan ini.

Death Stranding telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4 yang mana kami sebelum ini telah pun mengulaskannya melalui pautan ini. Bagi informasi lanjut berkenaan versi PC anda boleh membaca artikel ini.

Sohor Kini