Informasi Permainan Video Terkini
Gwent: The Witcher Card Game Kini Tiba Untuk Peranti Android
PC

Gwent: The Witcher Card Game Kini Tiba Untuk Peranti Android

Diterbitkan pada Mac 24, 2020 oleh .

CD Projekt Red minggu ini akhirnya melancarkan permaina Gwent: The Witcher Card Game mereka untuk peranti Android. Ia telah tiba untuk iOS sejak Oktober tahun lepas. Anda boleh tonton video pelancaran di bawah.

Gwent: The Witcher Card Game seperti judulnya merupakan permainan kad yang berdasarkan permainan Gwent iaitu permainan sampingan di dalam permainan The Witcher 3.

Versi Android sudah memasuki beta tertutup sejak awal bulan ini, akhirnya kini ia dilancarkan secara rasmi. Ia adalah percuma untuk dimuat turun, dan mempunyai pembelian di dalam aplikasi untuk contohnya mendapatkan kad-kad yang ingin digunakan.

Permainan ini sudahpun dilancarakn untuk PC dan peranti pintar, manakala versi konsol iaitu PS4 dan Xbox One sudah dihentikan pada tahun lepas.

Play Store: Gwent The Witcher Card Game


TIPS & ULASAN