Informasi Permainan Video Terkini
Aksesori Ini Akan Mengubah Konsol Switch Anda Menjadi Mesin Arked

Aksesori Ini Akan Mengubah Konsol Switch Anda Menjadi Mesin Arked

Diterbitkan pada Mac 24, 2020 oleh .

Konsol Switch semestinya salah satu platform permainan yang sangat terkenal untuk permainan koleksi seperti permainan arked seperti permainan koleksi arked Namco Museum Arcade PAC dan Capcom Belt Collection yang dilancarkan sebelum ini. Namun, ianya menjadi agak sukar atas sebab kebanyakan alat kawalan yang tersedia tidak mempunyai bentuk yang sesuai untuk permainan arked dan alat kawalan berbentuk arked pula tidak disambungkan secara terus di konsol Switch.

Terkini, untuk menyelesaikan masalah tersebut, satu kedai atas-talian Thanko tampaknya kini menjual satu alat kawalan arked khas yang membenarkan pemain untuk terus meletakkan konsol Switch secara terus, seakan satu set dermaga dan alat kawalan terbina.

Alat kawalan tersebut akan terus membenarkan pemain meletakkan konsol Switch di atasnya, di mana inaya menyertakan 6 butang klasik seakan alat kawalan arked bersama-sama dengan butang turbo ZL dan ZR dan butang tambahan lain.

Semestinya konsep ini mengingatkan kami akan konsol mini NeoGeo yang dilancarkan sebelum ini, yang mana kami percaya adalah satu konsep yang bagus buat mereka yang ingin bermain permainan arked di rumah ataupun secara mudah-alih. Tambahan itu, dengan pelbagai pelancaran koleksi permainan arked di konsol Switch, aksesori ini pasti akan menjadi tumpuan ramai buat pemain.

Melalui laman Thanko tersebut, alat kawalan “Switch Charging Stand Arcade Controller Mini” dijual dengan harga¥4,980(~RM200) yang mana anda boleh membelinya di sini. Namun laman tersebut hanya di dalam bahasa Jepun, tetapi kami percaya anda sendiri pasti mengetahui cara-cara untuk membeli barangan di luar negara dengan mengguna servis proksi. Jadi bagi anda yang berminat, pastikan anda dapatkan alat kawalan ini.


TIPS & ULASAN