Informasi Permainan Video Terkini
Inti Creates Mengacahkan 3 Permainan Baharu Sedang Dibangunkan

Inti Creates Mengacahkan 3 Permainan Baharu Sedang Dibangunkan

Diterbitkan pada Mac 24, 2020 oleh .

Bagi anda yang meminati siri permainan Mega Man Zero ataupun Azure Striker Gunvolt, pembangun permainan tersebut iaitu Inti Creates semestinya tidak asing bagi anda.

Terkini, Takuya Aizu iaitu ketua pegawai eksekutif Inti Creates mengacahkan yang mana mereka sedang membangunkan 3 permainan baharu. Tambah beliau, pengumuman 3 permainan tersebut ditunda atas sebab wabak koronavirus (Covid-19) dan mereka mungkin akan mengumumkan secara terus melalui penstriman di Youtube kelak.

Semestinya sebagai peminat siri Mega Man Zero yang baru sahaja kami ulas, kami pasti tidak sabar untuk mengetahui pengumuman rasmi permainan seterusnya oleh mereka di mana seperti biasa, akan kami kemaskini setelah ia diumumkan secara rasmi.


TIPS & ULASAN