Skip to main content

Menurut laporan Geo Corporation melalui Video Games Chronicle, jualan tiga hari pertama pelancaran permainan Animal Crossing: New Horizons adalah jualan tertinggi untuk permainan di konsol Switch bagi pasaran Jepun.

Sebelum ini jualan pelancaran tertinggi dilaporkan adalah permainan Pokemon Sword dan Shield yang mana ketika pelancarannya ianya dijual sebanyak 1.3 juta salinan diikuti Super Smash Bros. Ultimate dengan 1.2 juta salinan buat pasaran Jepun.

Manakala melalui laporan GameIndustry.Biz, jualan Animal Crossing: New Horizons juga memecah rekod di United Kingdom di mana ianya juga adalah jualan pelancaran tertinggi untuk permainan di konsol Switch. Namun jualan ini tidak di campur jualan Pokemon Sword dan Pokemon Shield secara bersama.

Buat masa ini, nilai jumlah jualan tersebut masih belum diumumkan dan jualan yang dikira ini juga tidak termasuk jualan secara digital. Berdasarkan laporan yang sama, permainan ini juga dinyatakan telah terjual sebanyak 3.5 kali ganda berbanding permainan Animal Crossing: New Leaf di konsol 3DS sebelum ini.

Sekaligus kami sendiri tidak boleh bayang jumlah jualan permainan ini yang mana kami percaya jualan digital adalah lagi tinggi memandangkan ramai pemain yang berada di rumah akibat kawalan pergerakan ini untuk kebanyakan negara atas sebab wabak koronavirus (Covid-19).

Geo Corporation juga menyatakan yang mana stok permainan ini juga telah pun habis di pelbagai rantau di Jepun yang mana membuatkan kami berasa ianya mungkin adalah jualan permainan tertinggi untuk tempoh masa seminggu ini buat konsol Switch.

Kami semestinya akan mengemaskini jika Nintendo mengumumkan nilai jumlah jualan secara rasmi kelak.

Leave a Reply