God Of War (2018) semestinya salah satu permainan kesukaan saya sendiri yang mana saya boleh katakan satu pengalaman permainan yang pasti tidak saya dapat lupakan atas sebab bukan sahaja ianya adalah satu permainan aksi menarik malah keseluruhan permainan tersebut mempunyai naratif yang sangat mendalam sehingga saya meletakkannya markah sempurna di dalam ulasan saya.

Terkini, melalui laporan Comic Book, Dark Horse Comics mengumumkan yang mana mereka akan menerbitkan komik khas God Of War: Fallen God yang memfokuskan penceritaan antara permainan God Of War III dan God Of War (2018).

Komik ini akan ditulis oleh Chris Roberson dan dilukis oleh Tony Parker, diwarna oleh Dan Jackson dan penulisan oleh John Roshell di mana karya muka hadapan seperti di imej sebelah ini dihasilkan oleh Dave Rapoza.

Jika anda pernah bermain permainan God Of War (2018) anda pasti ingin mengetahui bagaimana Kratos meninggalkan mitos Yunani dan ke mitos Norse di mana komik ini akan memfokuskan pengembaraan Kratos untuk meninggalkan masa silamnya.

Menurut laporan, komik ini akan diterbitkan pada 24 Jun 2020 ini.

Sohor Kini