WWE minggu ini mengumumkan yang mereka menyediakan pelbagai kandungan secara percuma untuk di strim melalui WWE Network, anda hanya perlu mendaftar akaun sahaja jika tidak memilikinya lagi.

Ia termasuklah kesemua 35 acara Wrestlemania, episod terkini untuk Monday Night Raw dan Smackdown, kesemua PPV lain seperti Royal Rumble, SummerSlam dan Survivor Series.

Jika anda ingin menonton Wrestlemania terbaru yang akan berlangsung selama dua hari secara tertutup, pada 7 pagi 5 April dan 6 April 2020, anda perlu menjadi pelanggan berbayar untuk WWE Network, ataupun anda boleh mendapatnya dengan percuma melalui percubaan untuk sebulan (bagi akaun baharu).

WWE juga antara acara yang terkesan kerana pandemik Covid-19 ini, beberapa rancangan mereka untuk beberapa minggu lepas termasuk juga Wrestelmania nanti, berlangsung di stadium yang kosong. Jika anda “kaki gusti” inilah peluang anda untuk melihat kembali perlawanan-perlawanan lama.

WWE Network: Daftar

Sohor Kini