WSJ_Manga iaitu akaun tidak rasmi yang berkongsi berita-berita terbaru mengena manga oleh Weekly Jump telah berkongsi berita mengenai manga Food Wars!: Shokugeki no Soma telah diedarkan sebanyak 20 juta unit setakat ini.
Manga tersebut sudah berakhir pada tahun lepas, tetapi versi jilid untuknya masih diedarkan dan terjual. Manakala untuk anime pula, musim terakhir akan ditayangkan pada 11 April ini sebahagian daripada anime yang akan tiba untuk musim bunga.
Pembelian manga mungkin kurang popular di Malaysia terutama kerana kurangnya pembekal menjadikan harga agak mahal, tetapi jika anda ingin mencari cara untuk membaca manga dengan sah secara percuma ataupun murah, anda boleh baca perkongsian kami – Cara Untuk Membaca Komik Dan Manga Digital Secara Sah