Informasi Permainan Video Terkini
Doom Eternal Mencecah 100 Ribu Pemain Serentak Di Steam
PC

Doom Eternal Mencecah 100 Ribu Pemain Serentak Di Steam

Diterbitkan pada Mac 24, 2020 oleh .

Bethesda tidak boleh meminta permulaan yang lebih baik berbanding pada untuk tahun ini, dengan tahun yang kurang baik pada tahun lepas, permainan pertama mereka untuk 2020 iaitu Doom Eternal tampaknya mendapat sambutan yang sangat baik.

Pada 20 Mac, permainan tersebut telah mencatat jumlah pemain serentak di Steam tertinggi iaitu dengan 104 ribu pemain. Kejayaan tersebut adalah jauh lebih tinggi berbanding Doom yang dikeluarkan 4 tahun lepas, iaitu 44 ribu pemain sahaja.

Doom Eternal telah mendapat ulasan yang positif, jadi kami tidak terkejut dengan kejayaan ini, tambahan dengan ramai orang sedang berada di rumah sekarang. Ulasan oleh Aksiz? Kami masih tengah bermain, dan ia akan datang tidak lama lagi. Membunuh setan memerlukan ilmu.. masa maksud kami.

Doom Eternal sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN