Ubisoft hari ini mengumumkan episod 2 untuk permainan Tom Clacny’s Ghost Recon Breakpoint akan bermula esok untuk PlayStation 4, Xbox One, Stadia dan PC. Bersamanya akan menyertakan pelbagai kandungan tambahan termasuk juga yang menyertakan Sam Fisher seperti di acah sebelum ini.

Berikut adalah kandungan tambahan yang hadir untuk episod 2 ini;

  • Misi penceritaan baharu akan hadir yang menyertakan 8 misi dengan penceritaan di mana pemain akan membantu Sam Fisher iaitu watak daripada permainan Splinter Cell. Misi ini terbuka kepada pemilik pas semusim ataupun boleh dibeli secara berasingan. Misi pertama boleh dimainkan secara percuma.
  • Dua kelas baharu akan disertakan di mod PvE dan jua PvP, ia akan hadir seminggu lebih awal untuk pemilik pas semusim bermula esok, sebelum hadir untuk semua pemain;
    • Kelas Echelon – memfokuskan kepada menyelinap, di mana pemain boleh bergerak dan membunuh secara bersembunyi, ia mempunyai kebolehan utama Sonar Vision untuk melihat pemain lain disebalik dinding dan mengganggu dron lawan.
    • Kelas Engineer – memfokuskan kepada penggunaan peralatan seperti dron dan pelancar bom. Mempunyai kebolehan utama Defense Drone yang akan menyerang lawan terdekat, kelas ini juga mempunyai Supply Drone membekalkan pasukan peluru yang lebih berkuasa.
  • Mod baharu seperti The Ghost Experience yang memberikan pemain untuk mengubahsuai sendiri pengalaman bermain dan kemaskini untuk mod PvP yang menyertakan 4 peta baharu serta pilihan untuk mengundi peta.

Selain itu terdapat juga pelbagai kemaskini yang meningkatkan kualiti am untuk permainan ini. Ubisoft juga mengumumkan yang pemain yan tidak memiliki Breakpoint, dapat mencuba permainan ini secara percuma buat sementara waktu bermula 27 Mac 2020 sehingga 30 Mac 2020.

Sohor Kini