Lanjutan daripada pengumuman permainan Mobile Suit Gundam Extreme VS. Maxiboost ON yang akan dilancarkan di konsol PlayStation 4, hari ini Bandai Namco akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permainan tersebut di mana ianya bakal tiba pada 30 Julai 2020 ini secara global.
Seperti yang kami laporkan, permainan ini asalnya dilancarkan di arked dan kini melalui versi konsol ianya akan menyertakan beberapa kandungan termasuklah robot Mobile Suit baharu Zaku Amazing, dan juga Montero yang dipandu oleh Kim Nick. Menariknya, Bandai Namco juga umum Gundam Barbatos Lupus Rex juga akan disertakan buat mereka yang membuat pembelian awal.
Mobile Suit Gundam Extreme VS. Maxiboost On merupakan permainan pertempuran berdasarkan siri Gundam, di mana melalui permainan ini, ianya akan sertakan 183 Mobile Suits yang terdiri daripada 36 siri dari Mobile Suit Gundam sehinggalah Mobile Suit Gundam AGE.
Melaui video acah di atas, Bandai Namco juga berkongsi beberapa kandungan baharu lain seperti mod permainan misi Maxiboost dan misi akar yang membenarkan pemain untuk memilih pilihan tahap kesukaran yang berbeza. Permainan ini juga boleh dimainkan secara atas-talian dan juga luar talian dengan menghubungkan sehingga 4 PlayStation dengan kabel LAN.
Juga pada masa yang sama, Bandai Namco juga umum sesi percubaan atas-talian permainan ini akan berlangsung pada 25 hingga 27 April 2020 ini yang mana pendaftarannya kini dibuka melalui pautan ini.
Melalui sesi percubaan tersebut, ianya akan sertakan tiga mod iaitu pertempuran bersama pemain, pertempuran kasual dan pertempuran bebas bersama CPU.
Jadi bagi anda yang berminat dengan bergenre ini, anda boleh dapatkannya menjelang Julai ini.