Animonsta Studios iaitu penerbit bagi siri BoBoiBoy telah berkongsi sebilangan animasi ke channel Youtube rasmi mereka untuk menjadi peneman bagi anda yang sedang berada di rumah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berikut adalah siri animasi yang dimuat naik dan boleh ditonton secara percuma;

  • Pokémon Sun & Moon (Episod 1-48)
  • Beyblade Burst (Episod 1-51)
  • Beyblade Burst Evolution (Episod 1-51)
  • Zoids Wild (Episod 1-50)
  • Kamen Rider Zi-O (Episod 1-49)

Ini adalah antara inisiatif oleh Monsta semasa PKP ini, mereka sebelum ini juga mengumumkan yang BoBoiBoy Movie 2 akan ditayangkan 2 bulan lebih awal di Astro iaitu pada 27 Mac ini.

Youtube: Monsta

Sohor Kini