Skip to main content

Melalui podcast oleh Kotaku iaitu Splitscreen, Jason Schreier berkongsi yang beberapa pembangun mengatakan PlayStation 5 adalah satu konsol yang lebih baik dan merupakan satu perkakas yang mengagumkan kerana pelbagai perkara yang membantu pembangun.

Tambah beliau lagi, beberapa pembangun mengatakan perbezaan kuasa di antara PS5 dan Xbox Series X tidaklah sebesar di atas kertas walaupun dengan jumlah “Teraflop” yang dinyatakan.

Disebabkan perkara tersebut, Jason telah menerima mesej daripada beberapa pembangun yang mengatakan kecewa apabila naratif menjadi “PS5 kurang berkuasa berbanding Xbox Series X” sedangkan PS5 lebih baik di banyak perkara lain, dan kebanyakan adalah perkara yang masih tidak boleh dibincangkan lagi buat masa ini.

Menurut Jason Schreier lagi, teknologi SSD yang digunakan oleh PS5 adalah satu perkara yang menjadi kesukaan ramai pembangun, tetapi kerana cara maklumat mengenai PS5 dikongsi, ramai tidak akan bercakap mengenai tersebut dan akan lebih memfokuskan kepada Xbox Series X mempunyai spesifikasi yang lebih berkuasa.

Leave a Reply