Tahun lepas, kami melaporkan yang mana Call Of Duty: Modern Warfare 2 Remastered telah pun disenaraikan di PEGI, iaitu satu organisasi Eropah untuk memilih kadaran sesuatu permainan.

Terkini, tampaknya khabar angin tersebut diteruskan setahun kemudian yang mana kini permainan tersebut pula tersenarai di kadaran permainan di Korea Selatan yang mana mungkin permainan ini akan dilancarkan kelak.

Semestinya buat masa ini, ianya hanyalah satu ura-ura sahaja dan Activision sendiri masih belum mengumumkannya secara rasmi. Walaupun begitu, dengan kejayaan permainan Call Of Duty 4: Modern Warfare Remastered sebelum ini bersama dengan olahan smeula Call Of Duty: Modern Warfare yang dilancarkan tahun lepas, kita mungkin dapat melihat Activision untuk melancarkan semula siri-siri Modern Warfare pada masa akan datang.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini informasi lanjut kelak setelah ia diumumkan.

Sohor Kini