Seperkara yang menarik mengenai Dreams adalah sesiapa sahaja yang memiliki “permainan” tersebut boleh mencipta sendiri pelbagai aset termasuk juga watak-watak untuk digunakan oleh pencipta sendiri ataupun pencipta lain.
Seorang pencipta adalah Piece_of_Craft yang mencipta aset berdasarkan watak Mario, dan boleh katakan ia adalah model terbaik yang hadir di dalam Dreams. Model tersebut telah digunakan oleh pelbagai pencipta lain.
Namun kini, Piece_of_Craft mengatakan yang beliau tidak lagi dapat mengakses model tersebut dan ia juga tidak lagi boleh digunakan. Beliau mengatakan telah menerima emel daripada SIE mengatakan yang Nintendo telah membantah penggunaan watak mereka di dalam permainan tersebut.
Buat masa ini, ciptaan-ciptaan yang sempat menggunakan model tersebut, masih boleh digunakan tanpa masalah, tidak pasti jika ia juga akan dibuang tidak lama lagi.
Ini sudah semestinya satu perkara yang mengecewakan tetapi ia adalah hak Nintendo dan mereka berhak melakukannya.