Informasi Permainan Video Terkini
Snakeybus Diumumkan Bakal Tiba Di Konsol – Permainan “Ular” Berbentuk Bas

Snakeybus Diumumkan Bakal Tiba Di Konsol – Permainan “Ular” Berbentuk Bas

Diterbitkan pada Mac 23, 2020 oleh .

Digerati dan Stovetop Studios minggu ini mengumumkan yang mana permainan Snakeybus akan dilancarkan di konsol bermula 31 Mac 2020 ini di PlayStation 4, diikuti versi Switch pada 2 April 2020 dan Xbox One pada 3 April 2020.

Permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di PC melalui Steam pada tahun lepas yang mana ianya berharga hanya RM23.50.

Seperti nama permainan ini, Snakeybus merupakan permainan arked pemanduan bas yang mana pemain akan memandu bas dalam bentuk dan keadaan seakan permainan ular yang terkenal di telefon bimbit sebelum ini.

Dengan 11 lokasi yang pemain mainkan, permainan ini bukan sahaja akna menyertakan pelbagai jenis bas seperti bas sekolah, bas bertingkat dan sebagainya, malah pemain juga boleh bermain pelbagai mod tersedia untuk mendapatkan markah tertinggi dan muat-naiknya di carta atas-talian.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini menjelang hujung bulan ini.


TIPS & ULASAN