Melalui temu bual Famitsu bersama Masahiro Sakurai, iaitu pengarah buat permainan Super Smash Bros. Ultimate, beliau berkongsi beberapa pendapat berkenaan wabak koronavirus (Covid-19) yang semakin tular ini dan bagaimana ianya akan memberi kesan terhadap industri permainan video.

Menurut beliau, beberapa aspek industri ini akan terkesan adalah beberapa kandungan pembangunan tidak boleh dibawa pulang ke rumah atas sebab beberapa maklumat sulit kandungan tersebut.

Selain itu atas sebab kini sukar untuk bergerak, beliau juga menyatakna ianya agak sukar untuk bertemu dengan beberapa rakan kongsi yang berada di jauh, contohnya ibu pejabat Nintendo terletak di Kyoto dan beliau menghadapi kesukaran untuk berkongsi persembahan buat penerbit dan beberapa aspek untuk watak baharu yang bakal tiba kelak, yang mana beliau menghadapi kesukaran untuk berkumpul beberapa pembangun penting bersama.

Beliau juga menyatakan terdapat beberapa aspek yang merisaukan yang mana jika terdapat pembangun di ofis yang positif wabak tersebut, beliau terpaksa untuk menangguh segala pembangun walaupun DLC tersebut telah diumumkan. Ini sekaligus membuatkan beliau menyatakan DLC tersebut mungkin akan ditundakan atas sebab wabak ini.

Masahiro Sakurai juga menyatakan yang mana atas sebab wabak ini, jualan permainan video juga mungkin akan meningkat atas sebab ramai pemain yang duduk di rumah. Namun begitu, ianya juga akan terkesan untuk produksi pembangun yang mana kita mungkin akan mendengar beberapa pengumuman penundaan dalam masa terdekat ini yang mana ianya tidak dapat dielakkan.

Semestinya keadaan ini tidak dapat dielakkan dan walaupun Nintendo sebelum ini umum berkenaan watak DLC seterusnya buat Super Smash Bros. Ultimate, kami percaya ianya juga akan terkesan, termasuklah pelbagai industri lain.

Meskipun begitu, sama-sama kita doakan agar wabak ini tamat dengan lebih awal supaya keadaan kembali seperti biasa.

Sohor Kini