Blizzard minggu ini mengumumkan pemain yang bermain World of Warcraft penambahan Battle for Azeroth (untuk edisi Starter dan juga Legion) akan mendapat peningkatan penerimaan pengalaman sebanyak 100% yang digelar sebagai “Winds of Wisdom”.
Peningkatan ini akan bermula sekarang sehingga 20 April, jadi jika anda baru sahaja bermula ataupun dengan meningkatkan tahap untuk karakter-karakter lain, ini adalah peluang untuk melakukannya dengan lebih cepat.