Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah Pertama Permainan Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba Dipertontonkan

Video Acah Pertama Permainan Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba Dipertontonkan

Diterbitkan pada Mac 23, 2020 oleh .

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Aniplex mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan dua permainan berdasarkan siri anime terkenal iaitu Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba di mana permainan konsol akan tiba di PlayStation 4 pada 2021 dan juga permua yang bakal tiba di peranti iOS dan Android.

Terkini, melalui laporan CrunchyRoll melalui Gematsu, video acah pertama permainan tersebut akhirnya diperlihatkan secara rasmi di mana ianya dibangunkan oleh CyberConnect2, iaitu pembangun yang terkenal untuk siri permainan Naruto: Ultimate Ninja Storm Dragon Ball Z: Kakarot dan sebagainya.

Menurut Aniplex, nama rasmi permainan ini adalah Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba – Hinokami Keppuutan dan seperti yang kami nyatakan di atas, ianya dibangunkan untuk konsol PlayStation 4 dan bakal tiba pada 2021 ini.

Juga bersempena dengan pengumuman ini, mereka juga berkongsi satu video khas yang memperlihatkan bagaimana animasi video acah di atas dihasilkan.

Selain itu, bagi permua yang diumumkan bersama permainan konsol sebelum ini, ianya merupakan permua khas berdasarkan bentuk permainan pertempuran royale yang mana ianya dipanggil Kimetsu no Yaiba: Keppu Kengeki Royale dan ia bakal tiba di peranti telefon pintar iOS dan Android sekitar tahun ini.

Namun buat masa ini kami tidak pasti ianya akan tiba di pasaran global ataupun tidak, akan tetapi anda boleh menonton video acah pertama buat permua tersebut di bawah.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini sebarang informasi lanjut setelah ia diumumkan kelak.


TIPS & ULASAN