Melalui satu temubual bersama dengan majalah Edge, Gabe Newell iaitu pengasas Valve mengatakan pasukan beliau terkejut dengan kegagalan Artifact dan merasakan ia adalah satu produk yang baik.

Namun, beliau menegaskan yang ia adalah kegagalan yang menarik, mereka akan belajar daripada kesilapan termasuk juga pendapat daripada pemain dan akan mengeluarkan versi Artifcat yang lebih baik.

Beliau mengesahkan yang pasukan Valve masih lagi sedang membangunkan Artficat olahan semula tersebut yang secara dalaman dipanggil sebagai Artifact 2.

Valve pertama kali mengumumkan yang mereka akan mengolah semula Artifact bulan April tahun lepas, dan tiada maklumat lanjut yang dikongsi-kan sehinggalah sekarang iaitu hampir setahun daripada pengumuman tersebut.

Sohor Kini