Informasi Permainan Video Terkini
Assassin’s Creed Odyssey Boleh Dicuba Secara Percuma Hujung Minggu Ini
PC

Assassin’s Creed Odyssey Boleh Dicuba Secara Percuma Hujung Minggu Ini

Diterbitkan pada Mac 21, 2020 oleh .

Kemaskini: Ubisoft menyatakan bagi mereka yang bermain permainan Assassin’s Creed Odyssey ketika sesi percubaan percuma hujung minggu lepas, mereka akan menyertakan kostum Ezio Auditore yang diacahkan sebelum ini.

Untuk mendapatkan kostum ini, semua pemain perlu bermain permainan ini ketika masa percubaan ini dan kemudian pemain boleh mengaksesnya melalui Ubisoft Club.

Informasi lanjut melalui pautan ini.

Artikel Asal: Bagi anda yang masih belum pernah bermain Assassin’s Creed Odyssey dan tidak tahun permainan apa yang anda ingin mainkan ketika perintah kawalan pergerakan ini, Ubisoft hari ini menawarkan permainan tersebut secara percuma untuk dicuba dalam tempoh masa hujung minggu ini.

Tawaran tersebut disediakan buat semua platform permainan tersebut dan menariknya bagi di Epic Games Store, Steam dan Xbox One, ianya juga ditawarkan dengan promosi jualan jika anda berminat untuk terus memiliki permainan tersebut kelak.

Jadi bagi anda yang berminat, anda boleh ke pautan di bawah untuk mencubanya dan membeli permainan tersebut mengikut platform pilihan anda.

PS4: Assassin’s Creed Odyssey

Xbox One: Assassin’s Creed Odyssey

Steam: Assassin’s Creed Odyssey

Epic Games Store: Assassin’s Creed Odyssey

Assassin’s Creed Odyseey telah pun dilancarkan beberapa tahun lepas di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC. Kami sebelum ini juga telah pun mengulasnya di mana anda boleh membacanya di artikel di bawah.


TIPS & ULASAN