Informasi Permainan Video Terkini
Call Of Duty: Warzone Mencapai Jumlah Pemain Melebihi 30 Juta – Teruskan Duduk Di Rumah Dan Berperang
PC

Call Of Duty: Warzone Mencapai Jumlah Pemain Melebihi 30 Juta – Teruskan Duduk Di Rumah Dan Berperang

Diterbitkan pada Mac 21, 2020 oleh .

Sebelum ini kami laporkan permainan Call Of Duty: Warzone mencapai sejumlah 15 juta pemain dalam tempoh 3 hari dan terkini, setelah 10 hari permainan tersebut dilancarkan, ianya telah mencapai lebih dari 30 juta pemain.

Semestinya jumlah ini tidak mengejutkan memandangkan permainan ini adalah permainan percuma di tiga platform utama iaitu PlayStation 4, Xbox One dan PC. Namun, kami juga percaya jumlah juga adalah disebabkan kebanyakan pemain duduk di rumah akibat wabak koronavirus (Covid-19) yang semakin tular ini, sekaligus ramai pemain berperang secara atas-talian.

Dengan pelancaran mod solo sebelum ini, permainan pertempuran royale ini semestinya mendapat sambutan yang baik di kalangan pemain atas sebab ianya agak berlainan jika ingin dibandingkan dengan siri permainan lain.

Call of Duty Warzone sudah pun dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Untuk maklumat lanjut serta pautan anda boleh layari pautan ini.


TIPS & ULASAN