Skip to main content

NIS America minggu ini melancarkan demo khas buat permainan akan datang Disaster Report 4: Summer Memories yang mana ianya boleh dimuat-turun melalui konsol PlayStation 4 dan Switch.

Namun, buat masa ini demo di PlayStation 4 adalah melalui rantau Amerika Syarikat sahaja, sekaligus anda perlukan akaun rantau tersebut untuk memuat-turunnya. Manakala demo bagi versi PC ianya masih belum diumumkan, namun kami percaya ianya pasti akan tiba laman rasmi Steam permainan tersebut.

Seperti yang dilaporkan oleh kami, permainan Disaster Report 4: Summer Memories merupakan siri permainan simulasi bencana alam di mana pemain perlu bertahan hidup dan mencari jalan keluar daripada bandar tersebut untuk menyelamatkan diri dan pada masa yang sama mengambil keputusan untuk membantu mangsa yang lain.

Disaster Report 4: Summer Memories akan dilancarkan pada 7 April 2020 ini di konsol PlayStation 4 dan Switch, manakala versi PC pula akan tiba melalui Steam. Bagi anda yang berminat untuk mencuba demo permainan ini, anda boleh muat-turunnya di bawah.

[download] Muat-Turun PS4: Demo Disaster Report 4: Summer Memories [/download] [download] Muat-Turun Switch: Demo Disaster Report 4: Summer Memories [/download]

Leave a Reply