Bagi untuk menemani anda di rumah, terutama anda yang mempunyai anak kecil, Monsta minggu ini mengumumkan yang mereka bakal menayangkan filem BoBoiBoy Movie 2, dua bulan lebih awal di Astro iaitu bermula pada 27 Mac 2020 pukul 9 malam melalui saluran Astro Ria (104,123), Astro Ceria (611,631) dan AstroUHD (780).

BoBoiBoy Movie 2 menamatkan tayangan di pawagam pada Oktober tahun lepas di mana mereka mengutip lebih RM30 juta. Ia juga hadir melalui Astro First pada November lepas yang menyertakan 7 minit kandungan tambahan.

Dengan pengumuman terbaru ini, lebih ramai yang boleh menonton filem ini tambahan lagi dengan keadaan sekarang. Monsta juga sebelum ini mengeluarkan satu video pesanan khidmat masyarakat khas Covid-19, yang disampaikan oleh watak Papa dan Pipi.

Sohor Kini