Informasi Permainan Video Terkini
Monsta Melancarkan Episod Pesanan Khidmat Masyarakat Khas Covid-19 Buat Siri Papa Pipi

Monsta Melancarkan Episod Pesanan Khidmat Masyarakat Khas Covid-19 Buat Siri Papa Pipi

Diterbitkan pada Mac 21, 2020 oleh .

Dengan perintah kawalan pergerakan yang diumumkan minggu ini atas sebab wabak koronavirus (Covid-19) yang semakin tular ini, Monsta minggu ini melancarkan satu video pesanan khidmat masyarakat khas yang memfokuskan watak daripada siri Papa Pipi.

Menurut Monsta, video tersebut merupakan usaha mereka untuk mendidik kanak-kanak mengenai kepentingan kebersihan dan masa yang sama langkah berjaga-jaga ketika perintah kawalan pergerakan ini.

Sejak video tersebut dilancarkan, ianya sudah pun mencapai setengah juta tontonan di semua saluran digital Monsta awal minggu ini. Tambahan itu, Monsta juga menyatakan video ini turut dijadualkan untuk disiarkan melalui semua saluran penyiaran utama di Malaysia selepas ia dikongsikan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di laman sosial mereka.

Juga bersempena dengan itu, Monsta juga melancarkan satu episod khas Papa & Pipi yang mana juga adalah episod tersebut memfokuskan penonton untuk sentiasa membasuh tangan dan berhati-hati ketika wabak ini sedang tular.

Semestinya tindakan ini harus dipuji buat pihak Monsta yang mana mereka bukan sahaja memberi kesedaran kepada penonton, malah video tersebut juga adalah sangat ringkas dan mudah difahami yang mana kami pasti ianya akan memberi pengajaran buat mereka yang masih lagi mengambil endah terhadap perintah kawalan pergerakan ini.


TIPS & ULASAN