Bagi untuk menggalakkan orang ramai berada di rumah, Square Enix minggu ini menawarkan dua permainan percuma iaitu Tomb Raider dan Lara Croft and the Temple of Osiris.
Tomb Raider merupakan permainan berdasarkan siri ini yang diolah semula oleh Crystal Dynamics dan Square Enix, ia adalah permainan pertama di dalam trilogi Tomb Raider baharu ini. Ia dikeluarkan sejak tahun 2013, dan menerima ulasan yang sangat positif.
Manakala Lara Croft and the Temple of Osiris pula adalah permainan pengembaraan tekaria yang merupakan sekuel kepada Lara Croft and the Guardian of the Light. Ia membawa penceritaan tersendiri berlainan dengan permainan utama. Ia boleh dimainkan secara berseorangan dan juga secara koperasi sehingga 4 pemain.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan kedua-dua permainan ini dengan tanpa kos sebelum tawaran berakhir. Anda boleh lakukannya melalui pautan di bawah.
[download]Steam: Tomb Raider[/download] [download]Steam: Lara Croft and the Temple of Osiris[/download]