Ubisoft hari ini mengeluarkan satu video acah untuk Deep State iaitu satu acara baharu yang akan berlangsung di dalam permainan Ghost Recond Breakpoint. Di dalam video tersebut kedengaran suara Michael Ironside iaitu pelakon suara untuk watak Sam Fisher daripada Splinter Cell.

Beliau bercakap mengenai Auroa Situation dan juga terminator. Breakpoint sebelum ini menganjurkan acara kolaborasi dengan Terminator pada awal bulan lepas. Tidak pasti jika Terminator akan kembali, tetapi Sam Fisher (suaranya) mengatakan dia perlu memasuki satu tempat dan memerlukan bantuan.

Buat masa ini masih tiada maklumat lanjut mengenai acara in, tetapi ia akan bermula pada 24 Mac 2020. Anda boleh menonton sendiri video tersebut yang kami sertakan di bawah.

Ini bukanlah pertama kali, Ubisoft membawa watak Sam Fisher ke dalam permainan Ghost Recon, dia sebelum hadir di dalam Ghost Recond Wildland, termasuk juga satu easter egg yang mengatakan dia sedih dengan persaraan Solid Snake.

Ghost Recon Breakpoint sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC.

Sohor Kini