Informasi Permainan Video Terkini
Marvel Future Fight Menerima Kemaskini Bertemakan House of X

Marvel Future Fight Menerima Kemaskini Bertemakan House of X

Diterbitkan pada Mac 20, 2020 oleh .

Netmarbel minggu ini melancarkan kemaskini terbaru untuk permainan mudah alih Marvel Future Fight yang memfokuskan kandungan berdasarkan siri X-Men, House of X.

Melalui kemaskini ini, antara yang disertakan adalah watak baharu iaitu Professor X, Mystique dan Mister Sinister. Selain itu, beberapa watak menerima kostum baharu seperti Magneto (House of X), Jean Grey (Marvel Girl), Wolverine (House of X), Sentinel (Nimrod the Lesser).

Akhir sekali adalah mod baharu iaitu Squad Battle. Di mana pemain akan bertempur dengan pemain lain dengan membina pasukan berdasarkan tetapan tertentu, ia juga menyertakan 6 liga berlainan.

Marvel Future Fight kini sudah boleh dimuat turun untuk iOS dan Android.


TIPS & ULASAN