Skip to main content

Walaupun ia adalah tawaran yang hadir setiap minggu, akan tetapi kami merasakan kali ini, tawaran permainan percuma oleh Epic Games Store lebih dinantikan kerana Perintah Sekatan Pergerakan yang sedang berlaku, dan minggu ini mereka menawarkan dua permainan menarik iaitu Watch Dogs dan The Stanley Parable.

Watch Dogs adalah permainan pertama untuk IP baharu oleh Ubisoft, ia dikeluarkan pada tahun 2014 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia adalah permainan dunia terbuka yang memerlukan pemain untuk menjadi seorang penggodam.

The Stanley Parable adalah permainan pengembaraan yang dibangunkan oleh Galactic Cafe, ia sudah dikeluarkan sejak tahun 2011 untuk PC. Ia dipuji kerana mempunyai penceritaan yang mendalam walaupun bentuk permainan ringkas.

Kedua permainan ini boleh ditebus dan dimuat turun sehingga 26 Mac dan akan digantikan dengan dua permainan iaitu Figment dan Tormentor x Punisher.

[download]Epic Games Store: Watch Dogs[/download]

[download]Epic Games Store: The Stanley Parable[/download]

Leave a Reply