Mini Metro Ditawarkan Percuma Untuk iOS Dan Android

Jika anda merindui LRT ataupun MRT, mungkin anda boleh mengurus sendiri sistem pengangkutan awan sendiri, dan bagi kami tiada permainan yang lebih baik berbanding Mini Metro untuk melakukannya dan ia ditawarkan percuma di iOS dan Android.

Melalui permainan ini, anda boleh mengurus sistem pengangkutan awan di pelbagai lokasi di dunia untuk menyelesaikan pelbagai cabaran. Kami menyukainya kerana rekaan serta antara muka yang ringkas tetapi rumit apabila dimainkan.

Kami tidak pasti, sampai bila ia akan ditawarkan percuma tetapi anda boleh memuat turunnya sekarang menggunakan pautan di bawah.

App Store: Mini Metro

Play Store: Mini Metro

Sohor Kini