Nacon dan KT Racing hari ini mengumumkan yang permainan seterusnya untuk simulasi perlumbaan rali mereka iaitu WRC 9 akan dikeluarkan pada 3 September 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC (secara eksklusif melalui Epic Games Store). Ia juga diumumkan untuk PlayStation 5, Xbox Series X dan Switch tetapi tarikh pengeluaran akan diumumkan kemudian.
Video pengumuman boleh ditonton di bawah, tetapi tidak memperlihatkan sebarang bentuk permainan.
Selain itu, mereka juga mengumumkan telah menanda-tangani perjanjian denggan WRC sehinga 2022 untuk mengeluarakan WRC 10 dan WRC 11 di masa hadapan.
Mereka menjanjikan pelbagai kandungan tambahan untuk WRC 9 terutama mod karier yang sangat popular di WRC 8, selain itu ia juga mengumumkan acara baharu seperti Safari Rally, Rally Japan dan Rally New Zealand.
Maklumat lanjut termasuk juga penambahan baharu akan dikongsikan dari semasa ke semasa sebelum dikeluarkan September ini.