Informasi Permainan Video Terkini
Square Enix Dan Ubisoft Menganjurkan Jualan Promosi di Nintendo eShop

Square Enix Dan Ubisoft Menganjurkan Jualan Promosi di Nintendo eShop

Diterbitkan pada Mac 19, 2020 oleh .

Square Enix bermula minggu ini telah menganjurkan jualan promosi untuk permainan mereka di Switch melalui eShop sehingga hujung bulan ini. Berikut adalah antara permainan yang ditawarkan;

  • Collection of Mana – $19.99 (RM88)
  • I Am Satsuna – $23.99 (RM105)
  • Lost Sphear – $29.99 (RM132)
  • Oninaki – $29.99 (RM132)
  • Final Fantasy XV Pocket Edition – $14.99 (RM66)

Terdapat beberapa permainan lain lagi, seperti kami laporkan sebelum ini Octopath Traveler yang dibangunkan oleh Square Enix tetapi diterbitkan oleh Nintendo, juga dijual dengan potongan harga 50%.

Namun, agak mengecewakan permainan utama mereka yang lain seperti Dragon Quest XI dan Dragon Quest Builders 2 tidak menerima sebarang potongan harga.

Selain itu Ubisoft juga menganjurkan jualan promosi sejak minggu lepas dan akan berakhir pada 24 Mac ini, berikut adalah antara permainan yang disertakan;

  • Mario + Rabbids Kingdom Battle – $14.99 (RM66)
  • Just Dance 2020 – $19.99 (RM88)
  • Assassin’s Creed: The Rebel Collection – $25.99 (RM114)
  • Trials Rising – $7.49 (RM33)
  • Starlink: Battle for Atlas – $14.99 (RM66)

Penerbit Wayforward juga ada menganjurkan jualan promosi untuk permainan mereka, jika anda ingin melihat kesemua jualan promosi yang sedan berlangsung anda boleh pergi ke pautan kami sediakan di bawah.

eShop – Senarai Jualan Promosi


TIPS & ULASAN