Skip to main content

Dengan pelancaran permainan Animal Crossing: New Horizons yang semakin hampir, Nintendo hari ini mengeluarkan beberapa kemaskini buat permainan tersebut yang mana salah satunya ianya menyertakan beberapa barangan tambahan khas.

Antara kandungan yang disertakan adalah satu “hadiah” iaitu konsol Switch di dalam permainan Animal Crossing: New Horizons tersebut di mana pemain boleh gunakan sebagai perhiasan di rumah pemain. Menariknya, pemain boleh menekan konsol tersebut dan ianya akan mengeluarkan bunyi “klik” konsol Switch.

Selain itu, Nintendo juga akan mengemaskini rupa konsol Switch tersebut kepada versi Animal Crossing: New Horizons yang dilancarkan minggu lepas.

Kemaskini ini juga menyertakan beberapa fungsi lain seperti fungsi multi-pemain, sokongan antara aplikasi NookLink dan kandungan persediaan Bunny Day yang dikongsikan oleh kami sebelum ini, yang mana ianya bakal bermula pada 1 hingga 12 April 2020 ini.

Bagi anda yang tidak sabar untuk bermain permainan ini, Nintendo juga berkongsi satu video acah khas yang memperlihatkan aktiviti-aktiviti yang anda boleh lakukan bersama rakan-rakan anda di dalam permainan tersebut.

Semestinya dengan perintah kawalan pergerakan ini, permainan ini pasti akan menjadi tumpuan ramai apabila ianya dilancarkan esok, pada 20 Mac 2020 ini.

Leave a Reply