Tampaknya studio pembangun permainan Nightdive Studios akan terus sibuk dengan permainan baharu selepas Blade Runner dan DOOM 64 yang diumumkan sebelum ini yang mana hari ini, mereka umum kerjasama bersama Valiant Entertainment untuk membawa kembali permainan klasik Shadow Man ke konsol generasi kini.

Shadow Man sebelum ini dilancarkan di konsol PlayStation, Nintendo 64, Dreamcast dan PC pada 1999 lepas yang mana ianya merupakan permainan berdasarkan siri komik oleh Valiant iaitu Shadow Man.

Shadow Man asalnya dibanugnkan oleh Acclaim Studio yang mana kali ini melalui versi pernambah-baikkan ini, Nightdive Studios menyatakna yang mana mereka akan menaik-tarafkan visual dengan sokongan resolusi 4k, aset dan visual dinamik yang lebih menarik dan juga sokongan HDR.

Menariknya, mereka juga mengesahkan akan menyertakan beberapa kandungan yang dipotong daripada permainan asal melalui versi ini.

Buat masa ini, tarikh pelancaran mahupun aset lain masih belum diumumkan. Akan tetapi ianya dijadualkan untuk dilancarkan sekitar tahun hadapan di PC, konsol Xbox, PlayStation dan Nintendo Switch.

Sohor Kini