Setelah melancarkan dua episod siri animasi Pokémon: Twilight Wings Nintendo dan The Pokémon Company hari ini melancarkan episod ketiga buat siri animasi tersebut.
Seperti yang kami laporkan, Pokémon: Twilight Wings merupakan siri animasi berdasarkan rantau Galar iaitu rantau rasmi buat permainan Pokémon Sword dan Pokémon Shield. Nintendo sebelum ini mengesahkan siri ini akan mempunyai 7 jumlah episod dan setiap satunya dilancarkan setiap bulan.
Melalui episod ketiga ini, ianya akan memfokuskan watak Hop, iaitu adik kepada juara rantau Galar Leon bersama Pokémon beliau iaitu Wooloo. Bagi anda yang ingin menontonnya, anda boleh menontonnya di bawah.